Wednesday, January 28, 2009
sinopSiS New Moon lala.. ![]() Xsabar nak tnggu keluar cerita TWILIGHT : NEW MOON... Aku xkan lg tertinggal tgk cerita 2 in cinema! becoze i'm in love wif EDWARD CULLEN sinopsis new moon: Semuanya bermula apabila Bella merayakan ulang tahun kelahirannya di rumah keluarga Cullen. Pada mulanya, Bella menolak untuk hadir ke majlis tersebut.. Tetapi, Alice telah memujuk atau lebih tepat lagi memaksa Bella utk hadir.. Bella mendapat banyak hadiah pada majlis tersebut.. Tanpa sengaja, tiba2 jari Bella berdarah akibat terguris kertas. Mencium aroma darah Bella, Jasper, saudara tiri kepada Edward tidak dapat menahan diri lalu cuba untuk menerkam Bella.. Tentunya, Edward sangat marah, pada masa yang sama, Carlisle, ayah kepada Edward meminta rosalie dan Emmett menenangkan Jasper. Setelah Carlisle merawat luka Bella, Edward menghantar Bella pulang ke rumahnya.. Semenjak kejadian itu, Edward menjadi pendiam dan membuat Bella tidak berani mengusiknya, hinggalah pada suatu hari, Edward mengajak Bella ke tengah hutan untuk berbicara. Edward memutuskan untuk memutuskan hubungannya dengan Bella dan tidak mahu lagi kembali.. Tentu sahaja Bella merasa disakiti dengan keputusan yang dibuat oleh Edward. Sejak hari itu, hidup Bella menjadi tidak tentu arah, bahkan kawan-kawanya menganggap Bella seperti mayat hidup. Pada suatu ketika, Bella seperti ingin melukakan dirinya sendiri dengan cara sengaja mencipta kemalangan dengan sebuah lagi kereta. Kereta yang dipandu Bella rosak teruk dan dia berfikir tidak mungkin dapat memperbaiki kenderaannya dengan kos yang murah.. Pada ketika itu, muncul Jacob dapat membantunya lalu Bella ke La Push untuk meminta bantuan Jacob. Semenjak itu, Bella selalu mengunjungi La Push dan semakin hari, luka dihati Bella semakin sembuh. Suati hari, Jacob jatuh sakit, tetapi Bella hanya menganggap ia demam biasa. Namun, berminggu-minggu Bella tidak mendengar khabar Jacob hinggalah satu hari Bella bertemu dengan Jacob dan Bella menanyakan apa sebenarnya yang terjadi. Lama Bella menunggu jawapan dari Jacob dan akhirnya Jacob berterus terang bahawa dia telah bergabung dengan kelompok Werewolf, satu-satunya makhluk serigala yang dapat menewaskan vampire. Bella sangat terkejut tetapi ternyata penderitaannya masih belum berakhir kerana Victoria, kekasih James masih memburu Bella dan ingin membalas dendam atas kematian James. Pada suatu hari, Alice yang mempunyai sixth sense melihat Bella terjun dari tebing. Tanpa berfikir panjang, Alice memaklumkan Edward tentang kejadian tersebut. Edward yang bercelaru fikirannya memikirkan bahawa Bella telah mati memutuskan untuk menghabiskan nyawanya dengan membawa dirinya kepada keluarga vampire Volturi satu-satunya keluarga Vampire yang dapat membunuh Vampire dengan mudah. Sudah ditakdirkan bahawa nyawa Edward masih panjang kerana Alice dan Bella mencegah Edward dari melakukan hal tersebut. Selain itu, sebagai syarat untuk membenarkan mereka pulang, Bella haruslah menjadi vampire. Setibanya di Forks, Bella pergi ke rumah Edward untuk meminta supaya Edward menjadikannya sebahagian daripada keluarga Cullen. Pada mulanya, mereka tidak menyetujuinya tetapi akhirnya Carlisle menyetujui hal yang Bella selama ini inginkan iaitu menjadi vampire. Semua ahli keluarga Cullen menyetujui untuk menjadikan Bella vampire setelah Bella lulus sekolah kecuali Edward. Beberapa hari kemudian, Edward mengajukan sesuatu yang sangat mengejutkan Bella. Edward setuju untuk merubah Bella menjadi Vampire dengan taringnya sendiri asalkan Bella setuju untuk berkahwin dengannya. Tentunya hal ini amat membahagiakan Bella namun, apa yang harus Bella memberitahu kedua orang tuanya kerana usianya masih muda dan sudah ingin berkahwin. Persoalannya, adakah Bella dapat menikahi Edward dan berubah menjadi Vampire ataupun menikah tanpa berubah menjadi vampire atau yang lebih teruk lagi tidak pernah menikah.. Tunggu lanjuttan dari cerita sambungannya Twilight : Eclipse this is me ♥ Syaz ♥ 5 Dec 1992 ♥ Penang Heaven ♥ Law student of UiTM ♥ Enjoy Movies n Musix vry much ♥ Syazroxx@yahoo.com affiliates recent posts ♥ <33 ♥ HAAAA!! IM IN LOVE wif Edward Cullen <33 ♥ tanya sama syazza.. apa sebab jawab : Xp ♥ Ke-tensionan melampaw ♥ Date wif Afa <3 ♥ Oh! Syazza ♥ Nabil <3 Thirah ? ♥ OMG! ♥ NurAfarizaHanim ♥ Kekejaman Israel no point reading my previous posts ♥January 2009 ♥February 2009 ♥March 2009 ♥April 2009 ♥May 2009 ♥June 2009 ♥July 2009 ♥August 2009 ♥September 2009 ♥October 2009 ♥November 2009 ♥December 2009 ♥January 2010 ♥September 2010 |